Monday, February 9, 2009

PELIK KE???

Salam semua, aku nk cerita satu kisah pasal seorang budak ni..Orangnye nampak biasa je tapi fil hakikat, sikapnya yang pelik daripada benda-benda yang pelik dekat dunia ni. Hidupnya diselubungi misteri dan penuh tanda tanya..bukan papan tanda ye. he5.

Korang nak tahu tak, dia ni kurang bergaul ngan orang terutama dengan kawan-kawan kelas dia.Aku pun tak tahu la kenapa sikap dia macam tu. Bukan tu je, budak ni selalu je ponteng kelas kurang lebih sama dengan Ramdan macam chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. Lecturer pun dah penat nak tegur, kalau pergi kelas pun selalu datang lewat, pakaian pulak tak tentu arah..tak tau la nak kata apa. Nak kata kurang kasih sayang pun tak boleh juga, nak kata terlebih kasih sayang pun , mungkin kot..he3. ermm ape pun aku tak tau la nak describe dia macam mana.

Tapi kan yang bagusnya, dia ni suka sangat buat bisness..macam-macam bisness yang dia buat..kalau nak ikut-ikutkankan bisness dia semua boleh jadi jutawan tapi aku tak nampak pun dia macam jutawan...jutawan ape, selalu pokai.

Selain dari itu, dia ni suka diam and suka juga perhatikan orang. Apa yang di perhatikan pun tak tahu la. Hidupnya simple dan sentiasa melakukan kelainan dalam hidupnya.Di sebabkan kelainan dia ni , kawan-kawan sekelas dia tak suka buat assgment group dengan dia mana taknya, dia sering mencipta berjuta alasan dan agak malas untuk berusaha...memang patut pun tak ade orang nak ambil dia sebagai group member..he5

So, sebagai conclusionya, pelik atau tidak citer ni, terpulanglah pada pembaca untuk menilainya..k wassalam

8 comments:

  1. org ni mcm2 ragam...kdg2 x terfikir dek fikiran

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sape empunya diri????? may i know????

    ReplyDelete
  4. ni crita mcm xpuas ati je ....hidup kelate

    ReplyDelete
  5. amik pengajaran dr cter 2..
    jgn ikt 'dia' dh..hehe

    ReplyDelete