Wednesday, March 4, 2009

salammm..........

salam smua....dah lama aku x update aku pnye blog...aku x tahu la nak tulis ape..xde idea..lg pun skrg ni sibuk ngan asgmnt yang bertimbun2..pening kepala btl..

Thursday, February 12, 2009

Masa Depan Graduan kini..

NILAI- Pelajar USIM bimbang bahawa mereka tidak akan mendapat pekerjaan berikutan kemelesetan ekonomi negara walaupun Kementerian Pengajian Tinggi menjanjikan sebaliknya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, lebih 800,000 bakal graduan IPT akan mendapat pekerjaan walaupun pertumbuhan ekonomi negara mengalami kelembapan.
Menurut Nooridayu Mustapha, 23, FSU, agak mustahil bagi semua bakal graduan untuk mendapat pekerjaan terutama sekali ketika kelembapan ekonomi negara.
“Setiap tahun jumlah pelajar yang keluar melebihi 800,000 dan ini tidak menjamin semua pelajar mendapat pekerjaan, kerajaan tidak mampu menampung semua bakal graduan,” katanya.
Menurut Dr Asmaddy Haris, pensyarah FEM, Amerika Syarikat merupakan kuasa ekonomi dunia dan kejatuhannya memberi kesan kepada seluruh negara di dunia termasuk Malaysia di mana sekarang ini sedang mengalami kadar pertumbuhan yang perlahan iaitu tidak melebihi empat peratus sahaja.
“Kita bersyukur kerana Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh kerana kita ada produk yang tersendiri”.
“Graduan USIM perlu menonjolkan kelebihan lain yang tidak ada pada graduan dari universiti lain,” tambahnya lagi.
Bagi Juliana Niza Ismail Adnan, guru Bahasa Inggeris, Pusat Pengajian Umum (PPU), graduan yang menganggur sebenarnya tidak menepati apa yang diperlukan oleh majikan, oleh itu mahasiswa perlu ada kemahiran berkomunikasi dan mengetahui banyak bahasa.
“Mahasiswa perlu mencari apa-apa pekerjaan dan jangan terlampau memilih, perniagaan kecil-kecilan dapat mengurangkan pengangguran yang meningkat setiap tahun dan jika ada peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mahasiswa haruslah merebut peluang itu,” jelasnya.
Bagaimanapun Mahfuzah Jaafar, 24, FSU, berpendapat bakal graduan seharusnya tidak terlalu memilih dalam mencari pekerjaan memandangkan kemerosotan ekonomi yang sedang dihadapi negara.
“Jika dilihat pada masa sekarang, graduan melayu lebih ramai menganggur kerana mengharapkan gaji yang sesuai dengan kelayakan, Mereka sepatutnya tidak menolak jika mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang rendah”.
“Graduan seharusnya mencari pengalaman terlebih dahulu kemudian barulah memikirkan tentang gaji”, katanya.
Sementara itu, Siti Noradibah Md Zain, 23, FEM, berkata pelajar perlu bijak mencari penyelesaian dalam mendapatkan pekerjaan kerana fenomena pengangguran tetap berlaku tanpa mengira keadaan ekonomi.
“Dapat kerja atau tidak, itu bergantung kepada usaha individu itu sendiri, mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan dan perlu menggunakan inisiatif lain sebagaimana saranan kerajaan yang menggalakkan bakal graduan agar melibatkan diri dalam perniagaan,” jelasnya.
Beliau menyarankan kepada bakal graduan supaya menggunakan peluang yang ada di universiti untuk belajar segalanya bagi menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.



Monday, February 9, 2009

PELIK KE???

Salam semua, aku nk cerita satu kisah pasal seorang budak ni..Orangnye nampak biasa je tapi fil hakikat, sikapnya yang pelik daripada benda-benda yang pelik dekat dunia ni. Hidupnya diselubungi misteri dan penuh tanda tanya..bukan papan tanda ye. he5.

Korang nak tahu tak, dia ni kurang bergaul ngan orang terutama dengan kawan-kawan kelas dia.Aku pun tak tahu la kenapa sikap dia macam tu. Bukan tu je, budak ni selalu je ponteng kelas kurang lebih sama dengan Ramdan macam chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. Lecturer pun dah penat nak tegur, kalau pergi kelas pun selalu datang lewat, pakaian pulak tak tentu arah..tak tau la nak kata apa. Nak kata kurang kasih sayang pun tak boleh juga, nak kata terlebih kasih sayang pun , mungkin kot..he3. ermm ape pun aku tak tau la nak describe dia macam mana.

Tapi kan yang bagusnya, dia ni suka sangat buat bisness..macam-macam bisness yang dia buat..kalau nak ikut-ikutkankan bisness dia semua boleh jadi jutawan tapi aku tak nampak pun dia macam jutawan...jutawan ape, selalu pokai.

Selain dari itu, dia ni suka diam and suka juga perhatikan orang. Apa yang di perhatikan pun tak tahu la. Hidupnya simple dan sentiasa melakukan kelainan dalam hidupnya.Di sebabkan kelainan dia ni , kawan-kawan sekelas dia tak suka buat assgment group dengan dia mana taknya, dia sering mencipta berjuta alasan dan agak malas untuk berusaha...memang patut pun tak ade orang nak ambil dia sebagai group member..he5

So, sebagai conclusionya, pelik atau tidak citer ni, terpulanglah pada pembaca untuk menilainya..k wassalam

Sunday, February 8, 2009

Budak berlagak dlm klas..

Aku nak share citer yang aku rase pelik tapi bagi korang mungkin rase tak berapa pelik kot. Dlm klas aku ni, mcm2 prangai ade, yg sorang budak laki dalam klas aku ni suka sangat marah-marah xtentu pasal. Yang aku tak berapa puas hati ngn budak ni, dia suka marah ngn geng-geng aku je, ngn org lain dia ok plak. Kalau aku @ geng aku wt slp sket, mula la dia tnjk sikap dia tu. Perkataaan yang selalu dia kata ialah ‘ aku te ke’ ( dialek klate) kdg2 aku bengang gile ngn dia ni..rase mcm nk cekik je dia ni..eeeeeeeeee geramnye. Ape pn aku sabar je, org kata jgn duk iktkan sgt hati ni, nnt mati..he3 jd geng aku wt dek je la. Bila di fikir balik tindakan budak ni, timbul jugak persoalan dlm diri , knp ye skp dia jd mcm 2? Mmm.. Xpyh pk la, wt tmbah mslh je..tp klau korang yg xde mslh 2, bleh je fkirkn, mn la th jmpa sbb msabab dia jd mcm 2....mgkin kurang ksih syg kot...ha5

Yang lagi sorang bdk ni lain plak prangainye...dia ni moody je memanjang. klu tgok mka dia mcm mka org xde prasaan.. he3 x brani nak tgur, kdg2 geng aku pernah gak tgur dio, al mklumlah aku pnye geng ni pramah skit.. nanti klu xtgur, org kta smbong plak..korang nak th x, bla ktorang tgur je , dia wt mka donno je, wt mcm ktorng ni xwjud...dlm ht ni tuhan je th betapa skitnye mcm ank panah menusuk ke kalbu ( cheewah..mcm ayt blaghah la plak..huhuhu) ..lps tu, ktorg bersepakat dh xnk tgur dh bdk ni, wt skit jntung n darah tnggi je..dgn skapnye itu, jd geng aku bg la satu glaran yg ckup ssuai ngn skap dia tu..korang nak th ape??? klu dlm bhs klate ' JENUN'..ssuai kn ngn skap dia...kua5...padan muka!! ade lg satu perkara yang memg btl2 skit ht ngn dia ni, bila dia xsiap kje n ape2 yg berkaitan dan memerlukan pertlgan,dia berubah la plak..jd peramah la konon ngn geng aku...menyampah..

p/s: nak th sape bdak yg aku cter ni????? klau korang terer cbalah teka..he8

Saturday, February 7, 2009

peningnye....

Aduyai..citer plik aku xwt lg nie, pning la, xth nk wat psl gpo..tensionnyer.....huhuhu

Sahabat sejati.........

semoga persahabatan yang dibina kekal selamanya..

SIFAT SAHABAT ...........

Sahabat adalah orang yang selalu dekat dengan kita. Sahabat yang baik itu adalah orang yang selalu membantu dan menolong kita dalam kebaikan dan ketika kita mendapat kesusahan
supaya kita di hargai, hendaklah kita menghormati sahabat kita.

Ciri-ciri seorang sahabat

• Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya ia akan membantumu.
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik.
• Jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu ia akan menghargai atau menyebut
kebaikanmu.
• Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
• Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
• Jika engkau merancang sesuatu nescaya ia akan membantumu.
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.

Ingatlah pesan Hasan Al-Banna, "Jadilah seperti pohon mempelam, walau ia dibaling dengan batu, namun ia masih memberikan buah yang manis untuk kita".

Thursday, February 5, 2009

Temuduga...

RENUNGAN UNTUK semua ........

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat :Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu :Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....